09 April 2008

Perkhemahan Kadet Polis 2008




Perkhemahan Unit Kadet Polis adalah merupakan aktiviti tahunan anggota-anggota kadet. Tanpa perkhemahan seolah-olah kegiatan kokurikulum mereka tidak lengkap. Aktiviti perkhemahan menjadi medan pengukuran untuk menguji kebolehan dan tahap kepimpinan sesebuah pasukan kadet.

Dalam pada itu juga anggota kadet juga berpeluang untuk mendalami ilmu-ilmu kepolisan dan bertukar-tukar maklumat sesama ahli sepanjang aktiviti perkhemahan berlangsung. Dengan itu, adalah diharapkan perkhemahan kali ini mencapai objektif yang digariskan.

Aktiviti perkhemahan Kadet Polis peringkat sekolah bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:

  1. Pertandingan Khemah Terbaik
  2. Persembahan Kebudayaan
  3. Masakan Rimba
  4. Simpulan dan Ikatan
  5. Compas Matching dan Orientering
  6. PC dan Bantu Mula
  7. Aktiviti Abselling

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...